Biography:
Nor Zahirah Abdul Rahman merupakan seorang pengarah filem dan televisyen Malaysia. Beliau diperkenalkan oleh penerbit Metrowealth Pictures, David Teo menerusi program Skim Pengarah Muda MIG. Eyra merupakan pengarah wanita kedua yang diperkenalkan oleh MIG selepas Yana Samsudin. Beliau sebelum ini merupakan seorang eksekutif di Telekom Malaysia.